Headlines

Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah menang Anugerah Emas pertandingan Huraian Sekitaran 2019

Oleh: BERITAmediacorp/FZ/fz

BERITAmediacorp:
Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah menjulang Anugerah Emas bagi pertandingan Huraian Sekitaran 2019 anjuran Dana Sekitaran Skolastik (SEF) – satu-satunya dalam kalangan 19 pasukan yang mengambil bahagian dalam acara tahun ini bertemakan ‘Belia Mengambil Tindakan Mencegah Kesan Negatif Terhadap Sekitaran Di Singapura’.

Menurut mudir Madrasah Irsyad, Encik Noor Isham Sanif dalam catatan Facebook beliau, madrasah itu menghantar empat pasukan bertanding dalam acara tersebut – pasukan Wudhu, Kompos, Taman Vertikal dan Taman Rama-rama. Projek Taman Rama-rama akhirnya berjaya memikat hati panel juri untuk meraih Anugerah Emas.

Selain perlu membuat penyampaian lisan selama 10 minit – lengkap dengan penampilan prop, para peserta juga perlu membuat kajian yang termasuk menukil bahan-bahan rujukan dan kemudian menjalankan projek mengenai alam sekitar. Lebih terperinci lagi, ketua juri berkata kumpulan tersebut menyerlah kerana mampu ketengahkan kesan rama-rama tentang bagaimana apabila sayap rama-rama mengepak boleh menjejaskan arah ribut.

Antara sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat nasional itu termasuk Sekolah Rendah Raffles Girls, Sekolah Rendah Casuarina, Sekolah Rendah Bukit Panjang, Sekolah Kebangsaan Singapura dan Sekolah Kebangsaan Kindle Kids.

“Hakikat mereka bersedia untuk mengambil bahagian dalam acara kebangsaan ini, menunjukkan mereka sudah menjadi Pemenang! Saya sangat bangga melihat keghairahan mereka melalui persaingan ini. Irsyad menghantar wakil mereka … kecil kecil tapi cili padi. Marha! Marha! Irsyadians,” tulis seorang ibu bapa.

“Semoga mereka i terus memberi inspirasi kepada lebih banyak Khalifah Muda kami untuk memperjuangkan isu alam sekitar!

Ayuh lihat hadapi persaingan 2020!”