Highlights

Madrasah Irsyad Zuhri lancarkan makmal STEM

photo17Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah melancarkan sebuah Makmal Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sempena rumah terbuka yang diadakan Sabtu lalu.

Majlis pelancarannya dirasmikan oleh Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Zainal Sapari. Makmal Sains di Madrasah Irsyad Zuhri diatur semula menjadi Makmal STEM, hasil inspirasi daripada IDA Lab on Wheels.

Ia dilengkapi dengan peralatan teknologi tinggi seperti mesin pencetak 3D dan program pendidikan robotik.  Makmal baru ini bertujuan untuk mendedahkan lebih ramai pelajar agar berminat dalam sains, matematik dan teknologi. Lebih 300 ibu bapa dan kanak-kanak menyertai rumah terbuka Madrasah Irsyad Zuhri. Mereka juga berpeluang meneroka IDA Lab on Wheels. Rumah terbuka itu diadakan untuk mendekati bakal pelajar Madrasah Darjah Satu. Permohonannya bermula semalam dan akan berakhir pada Sabtu ini.