Highlights

Johan Bahas Belia Islam 2012

photo11Pelajar Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah, Huzhaifah Mohd Kamal, Adli Faiz Anwar, Nur Aidah Sanwari, Nuha Amani Misbahuddin dan Mu’az Muhammad Johan, kesemuanya 16 tahun, berjaya dinobatkan sebagai juara Bahas Belia Islam 2012.

Saingan mereka bagi pertandingan bahas Inggeris yang dibuka kepada belia berusia antara 16 tahun hingga 25 tahun itu bukan calang-calang.

Mereka perlu berdepan dengan Team Praxis yang terdiri daripada dua mahasiswa undang-undang Universiti Nasional Singapura (NUS), seorang lulusan undang-undang NUS, seorang juara pidato dan seorang peserta program Mendaki Protege.